Friday, March 09, 2007

Hari-hari berlalu....

Malam iniku saksikan sebuah lagi sandiwara hidup...sekadar mengisi masa malamku bersama insan yang menyayangiku dan aku menyayanginya... Sketsa hidup tentang dua ibu yang 'kehilangan' anaknya...yang dengan rakus kerana keegoaan lelaki yang menggelarkan diri mereka bapa...akhirnya pasrah bahawa 'rumah' di hati anak-anak mereka adalah di samping ibu mereka...biarpun hidup penuh kesempitan dan kesusahan ...namun itulah kebahagiaan di hati anak-anak yang masih kerdil itu...

Agak lama aku tidak menitiskan airmata sedihku...tapi malam ini lebat sekali ia berjatuhan...
banyak yang ku imbaskan...ibu yang pernah melahirkan aku, ibu angkat yang membelaku sejak kecil dan aku sendiri menjadi ibu pada dua orang puteri yang ku kira akan berada di sisiku sehingga ke akhir hayatku...

Namun takdir ini tidak mengenal usia dan siapa...perjalanan setiap manusia penuh berliku dan aku adalah sebahagian dari insan yang melalui liku-liku hidup ini...

Soalnya apakah aku gagal menjadi ibu yang diharapkan oleh seorang anak ...hanya mereka yang menilainya...mungkin kebaikanku hanya akan timdbul setelah aku meninggalkan dunia yang fana ini....

Apapun kasih ibu membawa ke syurga...dan aku menanti mereka di syurga MU yang Tuhanku...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home