Wednesday, December 05, 2007

Rindu

Lama aku tidak bermenung di sini...
bukan aku lupa
bukan aku tidak rindu
cuma waktu pantas berlalu
dan aku masih merindu...

Rinduku pada siapa?
Pada arwah ibu, pada arwah ayah
dan puteri- puteriku
Siapa yang tahu?
Hanya Tuhan dan aku.
Siapa yang mengerti?
Hanya Tuhan dan aku.

Biarlahku simpan rindu ini
Kerana hari ini akan pergi
rindu ini belum pasti terisi...

Esuk mentari muncul lagi
Dan rindu ini akan pergi
Lalu malam tiba lagi
Dan rindu ini pasti akan kembali...

Malam ini kubawa rindu ini dalam mimpi.

1 Comments:

Blogger :: Wiween :: said...

besh puisi nih! ;)

salam kunjungan dr wiween pula. :D

4:20 AM  

Post a Comment

<< Home