Sunday, November 05, 2006

Angin Bosphorus

Lama aku berdiri di tebing Bosphorus, memerhati kapal bersimpang siur. Sesekali motobot dan bot-bot kecil melintasi mataku. Aku membiarkan angin Bosphorus menampar pipiku. Dingin. Semalam salji turun tanpa diduga dan pagi ini mentari silau menyimbah bumi Istanbul. Aku meraba pipiku. Belum begitu tua pun masih tidak muda. Angin Bosphorus mengundang airmata di pipiku. Airmata rindu dan kasih yang bercampur baur....

Fatamorgana

Malam ini aku teringat pada fatamorgana...
entah mengapa terasa pilu bercampur rindu....
rindu pada fatamorgana yang ada tetapi tiada...
tiada tetapi 'ada....

Ku pujuk hati ini agar membiarkan fatamorgana itu pergi...
pergilah kerana aku tidak akan menanti....
aku tidak akan mencari lagi.

Selamat malam fatamorgana.

Mencari mimpi

Bila mata masih belum lena
Hati masih berkata-kata
Jiwa masih meronta-ronta
kalbu masih tertanya-tanya...

Apakah siang itu realiti
Dan malam itu mimpi...
Atau sebalik realiti itu ada mimpi
Dan di sebalik mimpi itu ada realiti...

Aku masih mencari....